keTENANGan bUAT hATi iNi~


Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu.....
dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu......
ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya"
*.:
。✿*゚゚・✿..:*

Hapuslah air matamu dengan bersangka baik kepadaNYA........
Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingati segala nikmat ALLAH kepadamu 

"ALLAH tidak memberi apa yg kita harapkan,
Tapi DIA memberi apa yg kita perlukan.......
Kadang-kala kita sedih, kecewa, dan terluka.....
Tapi jauh di atas segalanya.......DIA sedang mengatur yg terbaik dalam kehidupan kita"....*.:。✿*゚゚・✿..:*

*Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
*Sedekahkanlah sebuah senyuman walau hati tidak lagi mampu bertahan..
*Belajarlah untuk memaafkan walau hati terluka..
*Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
*Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan..~

Kenapa Benci-membenci

Imam Asy-Syafi'e pernah berkata,"Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan."
Walaupun kita berakhlak baik dengan mereka,tak semestinya hati kita tak terluka kerana Rasulullah sendiri yang berakhlak mulia luar biasa pun pernah dilukai...
Adakalanya kita dibenci tak tentu pasal,takde sebab wal musabab.Mesti kita rasa sedih,kan..Waktu itulah kita kena ingat ,orang yang membenci kita tu tak sampai pun 1% daripada penduduk planet bumi ni....ramai lagi orang yang sayangkan kita.Biarpun kita buat baik pada orang,tetapi kalau orang dah benci kita,dah memang muka kita ni dia dah 'mark' yang dia benci,memang dia benci la kat kita ni walaupun kita buat baik tahap maksima pun kat dia.....

Jika kita dibenci,ingatlah yang tak semua manusia sukakan kita.Imam Syafi'e pun pernah bagitau yang setiap insan ada peminat dan pembencinya..tapi kita kena sentiasa berakhlak baik walaupun kepada orang-orang yang bencikan kita sebab itu yang Rasulullah ajar kat kita...berakhlak yg baik tu pun salah satu cara dakwah bil hikmah.

Belajar Untuk Memaafkan

Lagipun,kalau kita buat baik kat orang,kita dapat melatih diri kita menjadi orang pemaaf.Orang cemerlang & selalu 'open minded' suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah takde apa-apa yang berlaku. Diorang suka memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab kalau tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati,tu yang tak best tu..Selesa ke kalau kita selalu ada rasa dendam kat orang?Mesti tak selesa kan?Muka kita yang selalu senyum pun jadi monyok je tak tentu pasal.Memaafkan lebih baik dari berdendam. Kita senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Biar saja orang yang benci kat kita terus membenci,yang penting kita selalu'happy'...Kita kena selalu menggembirakan orang lain,tak kira kita dalam nikmat atau musibah kerana sesiapa yang membahagiakan orang lain,nanti Allah akan jadikan kita dalam kalangan orang-orang yang bahagia..:)

"successul people talk about ideas. Ordinary people talk about other people"


kesedihan membuatkan kita berfikir kembali tentang dosa-dosa yg telah kita lakukan..bermuhasabah kembali..sabarlah dengan segala ujian yang telah menimpa diri kita..sentiasalah tersenyum walau hatimu amat terluka..at least biarlah orang x tau tentang ape sebenarnye yg ada lam hati kita saat itu..melihat 0rang di sekeliling ketawa dan tersenyum bahagia sudah memadai bagi kita walaupun kita x sama keadaannya dgn mereka~

Comments

Popular posts from this blog

sAHAbaTku~

dUHai mALAm~

mAAFkan kU~