TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG

Hai Hai Hai ! 
Assalamualaikumm uollss. Haha

Trip #singleladies bermula kembalii haha. Kami menyerang Taman Negara Pahang kali ni. Lama dah planning tapi asyik tunda. So, bila dorang buat promo CNY, terus grab peluang :D

Lia Group yang handle kami. And Abg Din yang jadi Tour Guide ktorg sepanjang program. Ktorg amik pakej 2 hari 1 malam je (3 & 4 Mac 2018) dan jadual pack sikit la banding pakej 3 hari 2 malam. Trip yang amat dinantikan sebab ada la setahun lebih ktorg cuti trip #singleladies. haha. Masing2 sibuk dengan kerja. Aku pun dah pulang ke Wilayah Timur so payah nak planning.

Alahmdulillah trip kali ni berjaya dan amat puas hati. Tapi kena repeat sebab Canopy Walk tak beroperasi. Dan2 laa nak renovate. Elok pulak dengan timing ktorg. Cettt. Punya eksaited nak pergi Taman Negara ni sebabkan Canopy Walk ni la. sekali tak boleh naik. haha.

Okay kita tengok gambar dulu :)



Rapid Shooting. Ingatkan pusing-pusing sungai biasa je. haha. Sekali kena mandi daaa. Mandi tanpa rela haha. Ala2 Water rafting tapi yang ni tak extreme sangat. Nice la. Letih jugak la menjerit. Hahaha.





Bergambar bersama Tok Batin dan anak-anak beliau :D



Bergambar di hadapan Rumah Orang Asli.


Melawat Perkampungan Orang Asli suku kaum Batek. Banyak jugak belajar mengenai suku kaum ni. Especially mengenai lifestyle dorang. Dari bab gaya hidup, pantang-larang, perkahwinan, dan juga kematian. Dorang ni antara orang asli yang masih lagi dengan gaya hidup dorang yang lama. Hidup pindah-randah. Walaupun tak pergi sekolah, ada yang antara mereka ni boleh ber"speaking" tapi tak fluent la. Tapi okay la kann. Sebabnya dorang kan tumpuang pelancong dalam dan luar negara, so dorg belajar slow2 dari pelancong2 yang datang ke tempat dorg.


Abg Din tengah explain tentang route yang akan ktorg lalu.



Breakfast before HIKING !!! yuhuuu. haha

Akhirnyaa berjaya jugak sampai ke puncak Bukit Tererek. Nama je Bukit. tapi seksa jugak. Sebab route dia jenis bertangga. Fuh kejang kaki oii. Dah la lama gila dah x hiking haha. Semput dah masing2 tapi gagah jugak nak sampai puncak !



Pemandangan atas puncak ni serious lawa !




#SingleLadies Trip !

Taman Megah Siblingss. Missing in picture Shinaa. 

Rai, Shina, Bejan, Kakshima, Dayah, Aku, Laili, Miah, Nisa and Ana. Missing in picture Rossa. Haha

Trip yang happening and nice. Small reunion of Hamra Sibling. Looking forward for next small reunion. Haha.

Comments

Popular posts from this blog

seMINGGU berSAMAmu~

mAAFkan kU~